Carmen Electra
Carmen Electra

Carmen Electra

Tara Leigh Patrick (lahir 20 April 1972), lebih dikenali sebagai Carmen Electra,[3][4] ialah seorang pelakon, model, penyanyi, dan personaliti media Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi selepas berpindah ke Minneapolis, di mana beliau berjumpa dengan Prince, yang menerbitkan album studio pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album, dikeluarkan pada 1993. Electra memulakan kerjaya peragaan glamor pada 1996 menerusi penampilannya dalam majalah Playboy, sebelum berpindah ke Los Angeles, yang mana beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem seram komedi American Vampire (1997). Electra paling terkenal menerusi watak Lani McKenzie dalam siri drama aksi Baywatch (1997–1998), melonjakkan statusnya sebagai simbol seks. Beliau juga mengacarakan rancangan MTV Singled Out (1997–1999). Electra kemudian meraih pengiktirafan untuk persembahannya dalam filem parodi, termasuk siri filem Scary Movie (2000–2006), Date Movie (2006), Epic Movie (2007), Meet the Spartans (2008), dan Disaster Movie (2008). Beliau juga telah muncul dalam beberapa filem termasuk Get Over It (2001), Starsky & Hutch (2004), Cheaper by the Dozen 2 (2005), dan Hot Tamale (2006), dan menyumbangkan suaranya untuk watak Six dalam siri animasi Tripping the Rift (2004–2005). Electra juga berbakat sebagai penari secara sambilan, terutamanya bersama The Pussycat Dolls sebagai artis jemputan dalam VH1 Divas 2004.[5]

Carmen Electra

Pekerjaan
  • Pelakon
  • model
  • penyanyi
  • personaliti media
Pasangan Rob Patterson (2008–2012)
Tahun aktif 1990–kini
Laman web rasmi carmenelectra.com
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman
Pendidikan Barbizon Modeling and Acting School
School for Creative and Performing Arts
Kelahiran
Tara Leigh Patrick

(1972-04-20) 20 April 1972 (umur 49)
Genre